DALAM zaman yang serba
moden ini, maklumat mampu diperoleh di hujung jari. Tidak hairanlah terdapat
pusat pengajian tinggi yang menawarkan kursus secara atas talian dan mampu
mendapat ijazah setelah tamat mengikuti modul yang disediakan.
Sebagai seorang murid,
ilmu dan pengetahuan yang terkini amat diperlukan dan kemudahan Internet ini
penting untuk dimanfaatkan bagi mengakses maklumat sama ada di rumah, di
sekolah atau di kafe siber.
Maklumat yang diterima
mengandungi banyak fakta untuk membantu menyelesaikan tugasan yang diberikan
oleh guru. Walau bagaimanapun murid harus mengetahui tatacara mengakses
maklumat agar mampu memanfaatkannya dalam proses pembelajaran.
• Mengenal pasti topik carian
Seperti yang dinyatakan,
terdapat terlalu banyak maklumat yang hendak dicari. Oleh itu murid harus
mengenal pasti dahulu topik yang hendak dicari dengan menaip kata kunci yang
menjurus kepada topik tersebut. Tindakan ini amat penting kerana tanpa ada
kata kunci kita akan ditenggelami dengan jutaan maklumat yang mungkin tidak
relevan dengan tujuan kita. Masa kita juga akan terbuang begitu sahaja
tanpa memperoleh apa-apa maklumat berfaedah.
• Menyimpan maklumat
Apabila maklumat
ditemui, ada beberapa cara untuk menyimpannya. Anda boleh menyimpannya dalam
fail yang disediakan tetapi jangan lupa mencatat alamat sumber maklumat
tersebut. Anda juga boleh menyalin dan menampal maklumat pada perisian
pemprosesan perkataan bukan bertujuan menyalin jawapan tetapi untuk mengumpul
bahan sebagai nota sebelum dianalisis.
• Analisis
Anda boleh menganalisis
nota yang disalin dan menggunakan fakta-fakta yang sesuai untuk digunakan dalam
tugasan berkaitan.
Anda juga mungkin ingin
memetik beberapa ayat atau kata-kata yang terdapat dalam laman tersebut.
Perkara itu boleh dilakukan
dengan syarat anda harus meletakkan nama dan sumber petikan tersebut tanpa
mengakui petikan tersebut adalah hasil daripada buah fikiran anda sendiri.
Walau bagaimanapun anda boleh memberi pandangan dan pendapat tentang
bahan yang anda peroleh itu.
• Video dan grafik
Anda juga boleh memuat
turun bahan klip video atau menyalin grafik untuk dijadikan rujukan jika
berkaitan. Anda harus berhati-hati dengan maklumat yang terdapat dalam klip
video kerana ada yang dihasilkan oleh murid dan maklumatnya salah. Oleh itu,
anda seharusnya memilih klip video yang dikeluarkan oleh badan penerbitan
profesional.
Dalam kita asyik mencari maklumat, perlu juga diingatkan agar mengelak daripada melakukan perbuatan plagiarisme. Perbuatan ini adalah salah malah boleh menyekat perkembangan minda kita. Oleh itu gunakan kemudahan mengakses maklumat secara bijak dan beretika.
Dalam kita asyik mencari maklumat, perlu juga diingatkan agar mengelak daripada melakukan perbuatan plagiarisme. Perbuatan ini adalah salah malah boleh menyekat perkembangan minda kita. Oleh itu gunakan kemudahan mengakses maklumat secara bijak dan beretika.
0 comments:
Post a Comment