Isi
tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling
sesuai.
1
Nenek Sunarti tidak pernah membaca sebarang surat khabar ataupun majalah kerana
dia _______________.
   A
buta hati
   B
buta huruf
   C
buta kayu
   D
buta gaji
2
Tan Lean Keong tidak mempunyai kakak dan adik. Oleh sebab itu dia dianggap
____________ .
   A
anak buah
   B
anak emas
   C
anak tunggal
   D
anak bongsu
3
Semasa menaiki pesawat ke Kota Kinabalu, adik tidak henti-henti berbual kerana
adik ______.
   A
otak cair
   B
otak udang
   C
mulut murai
   D
mulut tempayan
4
Kunding mengambil sekeping roti sebagai _______________ sebelum pergi ke
sekolah.
   A
alas perut
   B
ikat perut
   C
perut busuk
   D
perut kosong
5
Sarasawaji ______________ dengan kejayaan rakan karibnya dalam pertandingan
bercerita itu.
   A
makan hati
   B
jatuh hati
   C
iri hati
   D
ambil hati
6
Azizi dan anak-anaknya _________ kerana sebaik sahaja mereka sampai jamuan mula
dihidang.
   A
langkah kanan
   B
langkah bendul
   C
langkah seribu
   D
langkah kiri
7
Puan Basrah masih ________________ meneruskan perniagaan suaminya walaupun
tidak mendapat sokongan daripada anak-anaknya.
   A
geli hati
   B
makan hati
   C
cekal hati
   D
isi hati
8
Semua barang itu dijual dengan __________________ dalam Pameran Jom Heboh.
   A
harga diri
   B
harga mati
   C
tanda mata
   D
tanda harga
9
Yoke Lan ____________ sehingga dia tidak menyedari bilik tidurnya telah
dicerobohi pencuri.
   A
pekak badak
   B
lepas tangan
   C
makan hati
   D
tidur mati
10
Pengadil bola sepak antara sekolah saya dengan sekolah jiran dicaci oleh para
penonton kerana _______________ semasa mengadili perlawanan tersebut.
   A
banyak mulut
   B
berat sebelah
   C
angkat kaki
   D
lepas tangan
Jawapan
:
1  B 
 | 
  
6  A 
 | 
 
2  C 
 | 
  
7  C 
 | 
 
3  C 
 | 
  
8  B 
 | 
 
4  A 
 | 
  
9  D 
 | 
 
5  C 
 | 
  
10
  B 
 | 
 









0 comments:
Post a Comment