Monday 20 May 2013

Definisi Bahasa

Definisi Bahasa

*      satu sistem untuk mewakili benda, tindakan, idea dan keadaan.
*      satu peralatan yang digunakan untuk menyampaikan konsep realiti mereka kepada fikiran orang lain
*      satu sistem maksud yang dikongsikan antara mereka
*      satu kod yang yang digunakan oleh pakar linguistik untukmembezakan antara bentuk dan maksud.
*      satu ucapan yang menepati tata bahasa yang telah ditetapkan(contoh :- Perkataan , ayat, dan lain lain.)
*      satu penuturan yang akan dapat difahami oleh masyarakatlinguistik.
*      pemikiran

Kamus Dewan edisi ketiga (1996:87) bahawa bahasa ialah lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia.


Beberapa pendapat mengenai bahasa:
*      Abdullah Hassan (1984:14) berpendapat “dalam memberi definisi bahasa ini, pentinglah kita kita mengetahui ciri-ciri bahasa tersebut. Ciri-ciri bahasa tersebut akan hanya menjadi jelas apabila kita melihat bahasa dari segi guna dan sifatnya sebagai alat perhubungan”
*      Raminah Hj Sabran dan Rahim Syam (1985:40) “banyak dasar yang boleh dijadikan asas untuk mendefinisikan bahasa. Sesetengah orang mendefinisikan bahasa dari sudut fungsi bahasa itu sendiri. Bagi mereka bahasa merupakan alat perhubungan atau komunikasi.
*      Arbak (1983:7) bahasa merupakan bahan langsung yang menjadi tumpuan pengkajian, terutamanya dalam usaha memperlihat kan fungsinya sebagai alat yang dipakai manusia untuk perhubungan.
*      Raminah Hj Sabran dan Rahim Syam sekali lagi memberi definisi bahawa bahasa sebagai alat untuk menyatakan perasaan, pendapat, fikiran dan sebagainya.
*      Edward Sapir menjelaskan bahasa ialah suatu sitem lambang-lambang pertuturan yang digunakan oleh manusia secara arbitrari untuk menyampaikan fikiran dan perasaan.
*      Raja Mukhtaruddin (1980: 25) berpendapat bahawa ahli-ahli bahasa terlebih dahulu mendefinisikan bahasa sebagai suatu sistem lambang-lambang pertuturan yang arbitrari yang digunakan oleh ahli-ahli sesebuah masyarakat.
*      Lutfi Abas (1975: 4 ) mendefinisikan bahasa ialah data yang dianalisis dalam linguistik. Bahasa ialah suatu sistem simbol-simbol yang terdiri daripada bunyi-bunyi yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia, yang dipersetujui bersama, dipelajari oleh sekelompok manusia dan dengan simbol-simbolnya pula sekelompok manusia itu berkomunikasi.
*      Asmah Omar (1983: 376) bahasa hanyalah bunyi yang dihasilkan oleh alat-alat ujaran yang terdapat dalam rongga mulut dan rongga tekak manusiaDisebalik ciri fizikal ini terdapat makna.


1 comments:

anda mahir ICT....blog anda lengkap dan mudah diikuti....syabas.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More