Guru SKRP

Bergaya dan berjaya.

Cikgu Hasnul Hadi

Semiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan adab dan budi pekerti – Hukama

Cikgu M Hamzah

Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan. – Peribahasa Arab

Cikgu M Fairus

Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.

Cikgu Joe

Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia, iaitu kerja dan bukannya usia. – Richard Brinsley Sheridan

Wednesday 17 April 2013

Muat Turun Koleksi Lagu Kanak-kanak


1. Anak Ayam 2. Anaklah Ikan 3. Bila Rasa Gembira 4. Jambatan Tamparuli 
5. Kenek-kenek Udang 6. Lagu Tiga Kupang 7. Lenggang-lenggang Kangkung 
8. Lompat Si Katak Lompat 9. Nenek-nenek 10. Oh Bangau 11. Gigi 12. Rasa Sayang 
13. Seringgit Si Dua Kupang 14. Suriram 15. Tepuk amai amai 16. Ulek Mayang 
17. Wau Bulan 18. Ya Bani Ya Badang
download

1. Alphabet Song 2. If You Are Happy And You Know It
download

1. Burung Kakak Tua 2. Embun Sok Sek 3. Jing Kling Nona 4. Lodeh Mak Lodeh 
5. Mari Belajar ABC 6. Puteri Santubong

download

1. Anak Kucing Comel 2. Angin 3. Awan Putih 4. Ayah Dan Ibu 5. Baca 6. Di Hujung Pelangi 
7. Gadis Bertocang Dua 8. Hari Jadi 9. Hidup Bantu Membantu 10. Hujan 11. Jam Berbunyi 12. Lina Adikku 13. Mahu Main Sembunyi 14. Mari Bergembira 15. Mari Bersukaria 
16. Mari Mengira 17. Nelayan 18. Padi Mahsuri 19. Pesanan Ibu 20. Rama-rama 
21. Rambut Noni Panjang 22. Si Kembar 23. Si Comelku 24. Sungai 25. Taman Bungaku 
26. Tidurlah Adikku 27. Twit Twit Twit
download

1. Kiri Dan Kanan 2. Makan Roti 3. Saya Suka Hati 4. Saya Melawat 5. Sayang Ayah Ibu 
6. Sayang Keluarga 7. Serangga
download

1. Ha Ha Ho Ho 2. Hadiah Ayahku 3. Hari Raya 4. Hobi Saya 5. Hormati Ibu Bapa 

6. Kapal Angkasaku 7. Ke Pasar Minggu 8. Ke Pasar Payang 9. Ke Sekolah 
10. Keluargaku 11. Kucing dan Tikus 12. Lagu Binatang
download


1. Abang Balik Kampung 2. Adab Melayu 3. Alam Semesta 4. Anak Ikan 
5. Angkat Tangan 6. Ayam Bertelur 7. Ayam Didik 8. Bangun Pagi 9. Bapaku Pulang 
10. Bekerjasama 11. Bercucuk Tanam 12. Buah Durian 13. Buah-Buahan 
14. Bunyi Binatang 15. Burung Pipit 16. Busak Paku 17. Cheong Sam Merah 
18. Cita-citaku 19. Cuaca 20 Dari Berudu Jadi Katak 21. Deria22. Deriaku 
23. Gong Xi Fatt Chai (Versi Melayu)
download

Kami Guru Malaysia, Kami Guru Malaysia (Minus One), Lagu Tema 2009 - Guru Pembina Negara Bangsa, Lagu Tema 2009 - Guru Pembina Negara Bangsa (Minus One), Aeman - Jasa Guru, Putri, Ubai, Rani, Anita (AFI) - Terima Kasih Guruku, Mirwana - Terima Kasih Guruku

download

Monday 15 April 2013

Frasa di mana tidak boleh jadi penghubung ayat


PERKATAAN mana ialah kata ganti nama diri tanya. Selain perkataan mana, apa dan siapa juga tergolong ke dalam kata ganti nama diri tanya.
Mana ialah kata ganti nama yang merujuk benda atau orang. Apa merujuk benda dan perkara, dan siapa merujuk orang. Penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut:
1. Apakah yang di dalam kotak itu?
2. Mana buah keranji yang saya bawa tadi?
3. Siapakah yang memenangi acara 100 meter lelaki?
Ketiga-tiga perkataan ini boleh mengalami proses penggandaan untuk membawa rujukan tidak tentu atau penegasan. Misalnya: Apa menjadi apa-apamana menjadi mana-mana, dan siapa menjadi siapa-siapa (sesiapa).
Perhatikan perbezaan makna dalam ayat-ayat contoh berikut:
4. Tidak dibenarkan siapa-siapa pun masuk ke dalam dewan ini.
5. Pilihlah mana-mana buah delima yang kamu hendak.
6. Apa-apa yang baik, jadikanlah teladan.
Perkataan mana, apabila didepani oleh kata depan di menerbitkan frasa sendi nama yang merujuk tempat. Misalnya:
7. Di mana kita akan bermalam nanti?
Frasa di mana dalam ayat (7) merujuk tempat kita hendak bermalam.
Namun begitu, wujud pula kekerapan yang tinggi penggunaan frasa di mana ini sebagai kata hubung dalam ayat.
Dalam penulisan, dua ayat atau lebih dihubungkan antara satu sama lain dengan menggunakan kata hubung sebagai ikatan; dan ayat gabungan yang terhasil ini dikenal sebagai ayat majmuk.
Dalam binaan ayat majmuk, kita perlu menggunakan kata hubung yang sesuai dengan maksud yang terkandung dalam ayat supaya ayat yang terbina itu gramatis.
Ayat yang dibina akan menjadi salah tatabahasanya jikalau kata hubung yang tidak sesuai digunakan.
Nampaknya, sudah menjadi satu kecenderungan pengguna bahasa, menggunakan frasa di mana sebagai penghubung antara dua ayat dalam penulisan dan pertuturan.
Dengan berdasarkan fungsi penggunaannya, jelaslah frasa di mana tidak boleh digunakan sebagai penghubung ayat kerana ayat yang terbentuk begitu janggal rasanya, malah ayat yang demikian bersifat keinggerisan.
Perhatikan ayat contoh berikut:
8. Wasiat merupakan satu-satunya cara di mana seseorang itu boleh memberikan hartanya kepada sesiapa yang dikehendakinya.
9. Sesuatu perindustrian di mana barang-barang yang dikeluarkan mungkin beratus-ratus kilometer jauhnya daripada pengguna.
Ayat (8) boleh dibina tanpa menggunakan perkataan di mana. Malah, tanpa perkataan di mana, ayat itu sudah sempurna maksudnya. Ayat berkenaan boleh ditulis semula sebagai
8a. Wasiat merupakan satu-satunya cara seseorang itu boleh memberikan hartanya kepada sesiapa yang dikehendakinya.
Kata di mana dalam ayat (9) pula kelihatan diada-adakan, sedang frasa tersebut dapat digantikan dengan perkataan "tempat" yang lebih jelas dan tepat kepada makna ayat tersebut. Oleh itu, ayat (9) boleh ditulis semula sebagai:
9a. Sesuatu perindustrian tempat barang-barang dikeluarkan mungkin beratus-ratus kilometer jauhnya daripada pengguna.
Pengguna bahasa perlu faham bahawa bukan dalam semua kes frasa di mana tidak boleh hadir di pertengahan ayat.
Selain digunakan sebagai kata tanya, di mana boleh hadir di pertengahan ayat jika maksud ayat merujuk tempat. Misalnya:
10. Pembunuh itu memberitahu polis di mana senjata api itu dicampakkan.
11. Datuk tidak ingat di mana beliau meletakkan cermin matanya.
Demikian huraian ringkas tentang kesalahan penggunaan frasa di mana yang tidak mengikut aturan bahasa. Oleh itu, kuasailah aturan bahasa ini yang telah ditetapkan supaya kesalahan berbahasa dapat dielakkan.

Thursday 11 April 2013

Maklumat Tugasan


Nama
KAMARUZZAMAN BIN JAIS
Matrik
D20121061319
Kumpulan
EL-B02 (A122PJJ)
Subjek
KRT3013 TEKNOLOGI MAKLUMAT SEKOLAH RENDAH
Tugasan
PEMBANGUNAN BLOG P&P
Pensyarah
DR.MODI BIN LAKULU
Program
IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (SEKOLAH RENDAH) DENGAN KEPUJIAN

Wednesday 10 April 2013

Penghargaan


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.
Syukur Allhamdulillah, berkat kesungguhan dan kesabaran serta bimbingan tutor, ahli keluarga dan rakan-rakan akhirnya saya dapat menghasilkan blog Suluh bahasa  ini. Blog ini memuatkan himpunan ilmu serta kemahiran Bahasa Malaysia sekolah rendah. Di samping itu, blog ini boleh dijadikan rujukan buat ibu bapa di rumah untuk mendidik anak mereka.
Jutaan terima kasih juga ingin saya tujukan buat seluruh rakan seperjuangan UPSI  kerana sudi menjadi pengikut (followers) dan memberikan komen yang membina ke atas blog ini.
Akhirul kalam, syukur Alhamdulillah buatMu Ya Allah S.W.T kerana memberikan ilham kepada diri ini dalam menjalankan usaha perkongsian maklumat kepada rakan-rakan dan murid-murid.

Sekian, terima kasih.

Kamaruzzaman Jais

Monday 1 April 2013

Kata Pemeri

Terdapat dua jenis kata pemeri, iaitu ialah dan adalah

1. Kata Pemeri " ialah
  • menunjukkan persamaan 
  • hadir di hadapan kata nama 
 Ayat contoh
  •  Kereta yang berada di tepi padang itu ialah kereta Proton Wira. 
  •  Agama rasmi negara kita ialah agama Islam. 
  •  Bapanya ialah seorang doktor gigi. 

2. Kata Pemeri  " adalah
  •  menunjukkan huraian atau keterangan 
  •  hadir di hadapan frasa nama dan frasa sendi 
 Ayat contoh
  • Kasut yang dipakainya itu adalah daripada kulit. 
  • Makanan yang ditempahnya itu adalah untuk anak-anak yatim. 
  • Burung di dalam sangkar itu adalah daripada spesis yang sama seperti yang terdapat di dalam buku ini.


Tulis kata pemeri yang sesuai bagi ayat-ayat di bawah.

1. Encik Amir _________ Guru Besar di Sekolah Kebangsaan
    Raban.


2. Gajah __________ haiwan darat yang terbesar di dunia.

3. Masjid __________ tempat beribadat bagi orang yang
    beragama Islam.

4. Rahman _________ pekerja baharu di Syarikat Intipadu.

5. Tujuan pertandingan itu diadakan __________ untuk
    mencungkil bakat murid-murid.

6. Piano itu _________ untuk kakak sempena hari ulang tahunnya
    yang kesepuluh.

7. Nasi _________ makanan asasi bagi penduduk Malaysia.

8. Makanan yang dimasaknya itu _________ untuk pasukan
    pasukan  nasyid Taman Indah.

9. Puan Salina __________ seorang  guru yang sangat dedikasi.

10. Tarikh tutup permohonan itu __________ pada hari Rabu.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More