Guru SKRP

Bergaya dan berjaya.

Cikgu Hasnul Hadi

Semiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan adab dan budi pekerti – Hukama

Cikgu M Hamzah

Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan. – Peribahasa Arab

Cikgu M Fairus

Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.

Cikgu Joe

Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia, iaitu kerja dan bukannya usia. – Richard Brinsley Sheridan

Wednesday 29 May 2013

TRANSFORMASI PENDIDIKAN

DALAM zaman yang serba moden ini, maklumat mampu diperoleh di hujung jari. Tidak hairanlah terdapat pusat pengajian tinggi yang menawarkan kursus secara atas talian dan mampu mendapat ijazah setelah tamat mengikuti modul yang disediakan.
Sebagai seorang murid, ilmu dan pengetahuan yang terkini amat diperlukan dan kemudahan Internet ini penting untuk dimanfaatkan bagi mengakses maklumat sama ada di rumah, di sekolah atau di kafe siber.
Maklumat yang diterima mengandungi banyak fakta untuk membantu menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh guru.  Walau bagaimanapun murid harus mengetahui tatacara mengakses maklumat agar mampu memanfaatkannya dalam proses pembelajaran.
Mengenal pasti topik carian
Seperti yang dinyatakan, terdapat terlalu banyak maklumat yang hendak dicari. Oleh itu murid harus mengenal pasti dahulu topik yang hendak dicari dengan menaip kata kunci yang menjurus kepada topik tersebut. Tindakan ini amat penting kerana tanpa ada kata kunci kita akan ditenggelami dengan jutaan maklumat yang mungkin tidak relevan dengan tujuan kita. Masa kita juga akan terbuang begitu sahaja tanpa memperoleh apa-apa maklumat berfaedah.
Menyimpan maklumat
Apabila maklumat ditemui, ada beberapa cara untuk menyimpannya. Anda boleh menyimpannya dalam fail yang disediakan tetapi jangan lupa mencatat alamat sumber maklumat tersebut. Anda juga boleh menyalin dan menampal maklumat pada perisian pemprosesan perkataan bukan bertujuan menyalin jawapan tetapi untuk mengumpul bahan sebagai nota sebelum dianalisis.
Analisis
Anda boleh menganalisis nota yang disalin dan menggunakan fakta-fakta yang sesuai untuk digunakan dalam tugasan berkaitan.
Anda juga mungkin ingin memetik beberapa ayat atau kata-kata yang terdapat dalam laman  tersebut.
Perkara itu boleh dilakukan dengan syarat anda harus meletakkan nama dan sumber petikan tersebut tanpa mengakui petikan tersebut adalah hasil daripada buah fikiran anda sendiri.  Walau bagaimanapun anda boleh memberi pandangan dan pendapat tentang bahan yang anda peroleh itu.
Video dan grafik
Anda juga boleh memuat turun bahan klip video atau menyalin grafik untuk dijadikan rujukan jika berkaitan. Anda harus berhati-hati dengan maklumat yang terdapat dalam klip video kerana ada yang dihasilkan oleh murid dan maklumatnya salah. Oleh itu, anda seharusnya memilih klip video yang dikeluarkan oleh badan penerbitan profesional.

Dalam kita asyik mencari maklumat, perlu juga diingatkan agar mengelak daripada melakukan perbuatan plagiarisme. Perbuatan ini adalah salah malah boleh menyekat perkembangan minda kita.  Oleh itu gunakan kemudahan mengakses maklumat secara bijak dan beretika.





Wednesday 22 May 2013

Jika sekiranya?, sejak dari?

Kata  jika ( jikalau ), kalau, dan sejak (semenjak) adalah daripada kelompok kata tugas bahasa Melayu.  
Kata tugas ialah golongan perkataan selain kata nama, kata kerja dan kata adjektif yang mendukung sesuatu tugas sintaksis tertentu dalam binaan ayat, klausa dan frasa, sama ada sebagai penghubung, penerang, pembenar, pemeri, atau tugas-tugas lain. Dengan berdasarkan tugas-tugas tersebut, maka kata tugas dapat dijeniskan kepada kata hubung, kata perintah, kata bantu, kata sendi nama, kata bilangan, dan lain-laian seumpamanya.
Kata jika (jikalau) merupakan kata hubung pancangan keterangan.  Dalam bahasa Melayu, terdapat tiga kata hubung pancangan, iaitu kata hubung pancangan relatif (yang), kata hubung pancangan komplemen (bahawa) dan kata hubung pancangan keterangan (antara kata hubungnya kerana, sekiranya, hingga, semoga, supaya,dan apabila). Kata hubung pancangan keterangan diringkaskan namanya menjadi kata hubung keterangan sahaja.
Kata hubung keterangan berfungsi sebagai menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama.  Misalnya:
1.     Kakak akan pergi  /  jika ibu membenarkannya.
       (klausa utama)              (klausa keterangan)
1.     Jikalau tuan pergi,   /  saya pun ingin pergi.
     (klausa keterangan)       (klausa utama)
Kata sejak dan semenjak juga merupakan kelompok kata sendi nama daripada golongan kata tugas. Perkataan-perkataan ini membawa konsep penanda waktu atau masa, dan digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama.  Contoh penggunaannya dalam ayat:
1.     Dia tidak pernah datang-datang lagi semenjak hari lamarannya ditolak.
      4.   Sejak bulan lalu lagi, dia berkeadaan begitu.
Penggunaan kata hubung jika (jikalau) dan kata sendi sejak (semenjak) dalam ayat 1 – 4 di atas, merupakan bentuk-bentuk yang baku, yakni bentuk bahasa yang mematuhi peraturan tatabahasa yang utuh.
Namun, sering kali kita temukan beberapa kelainan, baik dari segi pengucapan mahupun dari segi penulisan keempat-empat ayat tersebut.  Kelainan yang dimaksudkan ialah kelaziman penokokan unsur dalam binaan ayat sehingga menjadikan ayat yang terhasil itu tidak lagi baku.  Sementelahan pula, unsur yang ditambahkan dalam binaan ayat tersebut begitu samar kesalahannya oleh tingginya kekerapan penggunaannya dalam berbahasa.
Kelainan binaan ayat-ayat 1 – 4 begitu kecil, dan kelihatan tiada cacatnya jika tidak diteliti dan dihalusi.  Perhatikan ayat terbitan 1a – 4a berikut ini:
1.(a) Kakak akan pergi jika sekiranya ibu membenarkannya.
        (ayat asal: Kakak akan pergi jika ibu membenarkannya.)
2. (a) Jikalau sekiranya tuan pergi, saya pun ingin pergi.
                     (ayat asal: Jikalau tuan pergi, saya pun ingin pergi.)
3. (a) Dia tidak pernah datang-datang lagi semenjak dari hari lamarannya ditolak.
                     (ayat asal: Dia tidak pernah datang-datang lagisemenjak hari lamarannya ditolak.)
4. (a) Sejak dari bulan lalu lagi, dia berkeadaan begitu.
         (ayat asal: Sejak bulan lalu lagi, dia berkeadaan begitu.)
Perkataan sekiranya bermaksud kalau, kalau-kalau, seandainya; yakni bersinonim dengan maksud perkataan jika, jikalau, dankalau. Penggunaan bentuk frasa jika sekiranya, jikalau sekiranya,atau  kalau sekiranya dianggap lewah. Lewah bermaksud berlebih-lebihan sehingga tertambah perkara, hal dan sebagainya yang tidak perlu. Kelewahan ini, bukan sahaja membazirkan perkataan, malah menjadikan ayat-ayat yang terbentuk tidak gramatis.
Demikian juga kelewahan pada frasa semenjak dari dan sejak dari,dalam ayat 3 (a) dan ayat 4(a). Dalam kedua-dua ayat yang berkenaan, kata sendi dari tidak perlu hadir di hadapan kata sendisemenjak, dan sejak.  Semua perkataan tersebut itu mempunyai fungsi yang sama, iaitu sebagai penanda waktu (masa).  Kehadiran kata sendi dari dalam ayat-ayat 3(a) dan 4(a) menerbitkan ayat yang tidak baku dari aspek tatabahasa pegangan.
Oleh itu, memadailah perkataan jika (jikalau), kalau, dan sejak (semenjak) tanpa diikuti oleh perkataan lain (yang sama maksud) sesudahnya. Oleh yang demikian, perkataan sekiranya dan daritidak perlu hadir sesudah perkataan jika (jikalau), kalau, dan sejak (semenjak).
     Demikian huraian tentang penggunaan ungkapan yang lewah berhubung dengan perkataan jika (jikalau), kalau, dan sejak (semenjak). Sebagai pengguna bahasa, kita seharusnya dapat mengenal pasti bentuk-bentuk bahasa yang baku, dan bentuk-bentuk bahawa yang lewah sifatnya supaya, apabila berbahasa kita dapat memilih bentuk yang baku dalam wacana berbahasa rasmi.

Oleh kerana

PERKATAAN oleh ialah kata sendi nama, yakni salah satu komponen kata tugas bahasa Melayu.  Kata sendi nama ialah bentuk morfem atau kata yang letaknya di hadapan kata nama atau frasa nama.  Oleh sebab kata sendi itu hadir di hadapan perkataan yang diterangkannya (kata nama/frasa nama), maka istilah lain untuk kata sendi ialah kata depan. 
Antara kata sendi nama yang sering digunakan dalam bahasa Melayu termasuklah  di, ke, dari, untuk, akan, bagi, hingga, oleh, tentang, sampai, dan sebagainya.  Dalam contoh berikut, perkataan yang condong ialah kata sendi manakala perkataan yang tegak ialah perkataan yang diterangkan oleh kata sendi tersebut, iaitu kata nama.
            di perpustakaan           tentang kemerdekaan             hingga pagi 
           terhadap ibu bapa       untuk adik kami                    deminegara 
Seperti halnya dengan kata-kata sendi yang lain, kata sendi namaoleh digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama. Kata sendi nama oleh yang digunakan itu membawa dua maksud. Pertama, menunjukkan hubungan pembuat (dalam ayat pasif) seperti dalam contoh berikut:
1.     Baju kemeja itu dijahit oleh isterinya.
2.     Novel remaja baharu ini terkarang oleh penulis muda itu.
3.     Pencuri kena tangkap oleh polis malam tadi.
Kedua, menunjukkan sebab.  Maksud ini terkandung dalam ayat berikut:
1.     Ia berjaya oleh kerajinannya.
2.     Dia gagal dalam peperiksaan oleh kemalasannya.
Kedua-dua ayat 4 dan 5  boleh sahaja ditulis sepenuhnya dengan menggunakan frasa sendi nama oleh sebab seperti ayat contoh 4.(a) dan 5.(a).  Kata nama sebab dalam frasa sendi nama oleh sebab secara pilihan, boleh digugurkan.
                        4.(a) Ia berjaya oleh sebab kerajinannya.
                        5.(a) Dia gagal dalam peperiksaan oleh sebabkemalasannya.
             Penggunaan kata sendi nama oleh untuk maksud yang kedua lumrah digunakan dalam percakapan. Namun, begitu banyak penggunaannya begitu pula kekerapan kesalahannya. Kesalahan yang jelas dikesan apabila kata sendi nama oleh  diikuti oleh perkataan kerana lalu terbentuk frasa sendi nama oleh sebab. Baik dalam ucapan, mahupun dalam penulisan dapat kita temukan penggunaan frasa ini dalam ayat-ayat seperti yang berikut:
1.     Oleh kerana hujan lebat pada petang itu, kawasan rendah telah banjir.
2.     Pengeluaran hasil pertanian desa meningkat oleh keranapenggunaan kaedah pertanian moden.
          Frasa sendi nama oleh kerana terbentuk daripada kata sendi nama oleh yang diikuti oleh perkataan kerana. Perkataan keranabukan daripada golongan kata nama.  Kerana ialah kata hubung pancangan keterangan yang juga tergolong dalam kata tugas bahasa Malayu (seperti juga dengan perkataan oleh).
Oleh sebab perkataan kerana bukan daripada kata nama/frasa nama, maka binaan “kata sendi + kata/frasa nama’  tidak terbentuk. Yang terbit ialah ‘kata sendi + kata hubung’. Kedua-dua kata sendi dan kata hubung daripada golongan kata tugas, maka binaan yang terhasil itu merupakan binaan yang terdiri daripada unsur golongan kata yang sama, iaitu ‘kata tugas + kata tugas’.  Daripada bentuk zahir ini, nyata binaan ini tidak mematuhi rumus  frasa sendi nama bahasa Melayu. Unsur kedua yang harus mengikuti kata sendi olehmestilah daripada kata/frasa nama ( oleh +  KN).
Oleh itu, supaya frasa sendi nama oleh kerana terbina daripada bentuk yang betul, maka kata penerang kepada frasa ini (kerana) perlu digantikan dengan kata nama.  Perkataan yang sesuai untuknya ialah kata nama sebab lalu terbentuklah ungkapan oleh sebab (bukan oleh kerana).  Bentuk oleh sebab benar-benar mematuhi binaan kata sendi  +  kata/frasa nama.
1.     Solekan wajahnya tidak kemas oleh sebab kekurangan alat solekan.
2.     Oleh sebab kegigihannya bekerja, Pak Sukun beroleh pendapatan yang berlebihan.
Kedua-dua ayat 8 dan 9 menjadi salah apabila kata nama sebabbertukar ganti dengan perkataan kerana.
Benarkah perkataan sebab daripada golongan kata nama bahasa Melayu? Bukankah perkataan sebab itu bermaksud kerana? Dan, oleh sebab perkataan kerana ialah kata hubung, maka banyak orang beranggapan frasa sendi nama oleh sebab sama bentuknya dengan bentuk oleh kerana yang dianggap salah.
Kita dapat memastikan bahawa perkataan sebab daripada golongan kata nama dengan membuat uji rumus.  Setiap perkataan kata nama dapat ditandai oleh kata bilangan dan kata penentu ‘itu’ atau ‘ini’.  Kata bilangan termasuklah penjodoh bilangan manakala kata penentu pula terdiri daripada kata nama.
Kita ambil perkataan rumah dan kata terbitan pengalaman sebagai contoh.  Mari kita dahulukan kata bilangan sebelum perkataanrumahsebuah rumah. Kita letakkan kata penentu ini atau itusesudah perkataan rumahrumah ini atau rumah itu. Frasa sebuah rumahrumah ini dan rumah itu betul tatabahasanya kerana semua frasa itu akur kepada struktur frasa nama + frasa nama, serta mempunyai maksud yang dapat kita fahami tentang rumah yang diperkatakan.  Oleh itu, perkataan rumah  ialah kata nama.
Kata terbitan pengalaman juga dapat ditandai oleh kata bilangan dan kata penentu. Misalnya, satu pengalaman dan pengalaman ini ataupengalaman itu. Kesemua frasa yang terbentuk mengandungi makna.  Oleh sebab perkataan pengalaman dapat ditandai oleh kata bilangan dan kata penentu ini/itu, maka perkataan pengalaman ialah kata nama.
Seperti halnya dengan perkataan rumah dan pengalaman, perkataansebab juga dapat ditandai oleh kata bilangan atau kata penentuini/itu. Perhatikan ayat contoh berikut:
10.  Saya menyokong cadangannya kerana satu sebab.
(sebab didahului kata bilangan)
11.  “Sebab itu nenek larang cucu bermain di busut itu,” kata nenek kepada cucunya.
(sebab diikuti kata penentu)
Ada juga kita temukan bentuk oleh itu. Betulkah bentuk oleh itu? Frasa sendi nama oleh itu merupakan bentuk ringkas daripada bentuk lengkap dan sempurna  oleh sebab itu. Kata nama sebabyang menjadi konstituen frasa sendi tersebut bersifat pilihan; ertinya perkataan sebab boleh hadir atau boleh digugurkan tanpa menyalahi rumus. Frasa oleh itu masih lagi terdiri daripada binaan kata sendi  +  kata nama kerana perkataan itu ialah golongan kata nama juga, yakni kata ganti nama tunjuk.  Kita boleh menggunakan frasa oleh sebab itu atau oleh itu, asalkan bukan *oleh kerana atau *oleh kerana itu.
Demikian bicara tentang frasa *oleh kerana.  Sudah jelas kepada kita bahawa bentuk *oleh kerana merupakan bentuk yang salah. Yang betul ialah oleh sebab.




Tatabahasa - Video

Seronoknya belajar tatabahasa -Tahap 1

                      Seronoknya belajar tatabahasa -Tahap 2

Kata Sendi Nama, Kata Bilangan, Kata Pemeri & Kata Hubung


Kata Hubung



Kata Tanya







"Kata Sendi" - Formula Kilat Bahasa Melayu







Kata Seru
















Tuesday 21 May 2013

Kata kerja

Kata kerja (KK) merupakan kata yang menjadi inti dalam frasa kerja, sama ada yang berlaku atau dilakukan. Contohnya, berjalan, makan, memakan, dimakan dan sebagainya.
1. Menyimbah – menyiram sekali gus sehingga basah dengan kuantiti air yang banyak (menggunakan baldi, gayung dan sebagainya)
2.Menyiram – mencurahkan air (kuantiti air yang banyak daripada menjirus) dan lain-lain pada sesuatu supaya bersih, basah dan sebagainya (pokok bunga, air mawar)
3. Merenjis – titik-titik air dan lain-lain yang berselerak ke sana-sini tetapi lebih menghala ke sesuatu kawasan (istiadat tepung tawar, kain yang direnjis dengan air sebelum diseterika)
4. Menatang – membawa sesuatu dengan tapak tangan (dulang)
5. Menjunjung – membawa sesuatu di atas kepala (kendi, buyung dan sebagainya)
6. Menjinjing – membawa sesuatu dengan tangan yang terhulur ke bawah. (beg plastik)
7. Menakik – membuat takuk ((kesan lurah) pada pokok dan lain-lain dengan menggunakan parang.
8. Memangkas – memotong hujung (rumput, pokok renek dan sebagainya)
9. Menanak – perbuatan masak nasi.
10. Menjerang – masak khas untuk air
11. Merendang – memasak hingga kering dengan santan (ayam, daging dan sebagainya).

Monday 20 May 2013

Definisi Bahasa

Definisi Bahasa

*      satu sistem untuk mewakili benda, tindakan, idea dan keadaan.
*      satu peralatan yang digunakan untuk menyampaikan konsep realiti mereka kepada fikiran orang lain
*      satu sistem maksud yang dikongsikan antara mereka
*      satu kod yang yang digunakan oleh pakar linguistik untukmembezakan antara bentuk dan maksud.
*      satu ucapan yang menepati tata bahasa yang telah ditetapkan(contoh :- Perkataan , ayat, dan lain lain.)
*      satu penuturan yang akan dapat difahami oleh masyarakatlinguistik.
*      pemikiran

Kamus Dewan edisi ketiga (1996:87) bahawa bahasa ialah lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia.


Beberapa pendapat mengenai bahasa:
*      Abdullah Hassan (1984:14) berpendapat “dalam memberi definisi bahasa ini, pentinglah kita kita mengetahui ciri-ciri bahasa tersebut. Ciri-ciri bahasa tersebut akan hanya menjadi jelas apabila kita melihat bahasa dari segi guna dan sifatnya sebagai alat perhubungan”
*      Raminah Hj Sabran dan Rahim Syam (1985:40) “banyak dasar yang boleh dijadikan asas untuk mendefinisikan bahasa. Sesetengah orang mendefinisikan bahasa dari sudut fungsi bahasa itu sendiri. Bagi mereka bahasa merupakan alat perhubungan atau komunikasi.
*      Arbak (1983:7) bahasa merupakan bahan langsung yang menjadi tumpuan pengkajian, terutamanya dalam usaha memperlihat kan fungsinya sebagai alat yang dipakai manusia untuk perhubungan.
*      Raminah Hj Sabran dan Rahim Syam sekali lagi memberi definisi bahawa bahasa sebagai alat untuk menyatakan perasaan, pendapat, fikiran dan sebagainya.
*      Edward Sapir menjelaskan bahasa ialah suatu sitem lambang-lambang pertuturan yang digunakan oleh manusia secara arbitrari untuk menyampaikan fikiran dan perasaan.
*      Raja Mukhtaruddin (1980: 25) berpendapat bahawa ahli-ahli bahasa terlebih dahulu mendefinisikan bahasa sebagai suatu sistem lambang-lambang pertuturan yang arbitrari yang digunakan oleh ahli-ahli sesebuah masyarakat.
*      Lutfi Abas (1975: 4 ) mendefinisikan bahasa ialah data yang dianalisis dalam linguistik. Bahasa ialah suatu sistem simbol-simbol yang terdiri daripada bunyi-bunyi yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia, yang dipersetujui bersama, dipelajari oleh sekelompok manusia dan dengan simbol-simbolnya pula sekelompok manusia itu berkomunikasi.
*      Asmah Omar (1983: 376) bahasa hanyalah bunyi yang dihasilkan oleh alat-alat ujaran yang terdapat dalam rongga mulut dan rongga tekak manusiaDisebalik ciri fizikal ini terdapat makna.


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More