Cikgu M Hamzah
Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan. – Peribahasa Arab
Cikgu M Fairus
Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.
Cikgu Joe
Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia, iaitu kerja dan bukannya usia. – Richard Brinsley Sheridan
Wednesday, 29 October 2014
Wednesday, 29 May 2013
TRANSFORMASI PENDIDIKAN
DALAM zaman yang serba
moden ini, maklumat mampu diperoleh di hujung jari. Tidak hairanlah terdapat
pusat pengajian tinggi yang menawarkan kursus secara atas talian dan mampu
mendapat ijazah setelah tamat mengikuti modul yang disediakan.
Sebagai seorang murid,
ilmu dan pengetahuan yang terkini amat diperlukan dan kemudahan Internet ini
penting untuk dimanfaatkan bagi mengakses maklumat sama ada di rumah, di
sekolah atau di kafe siber.
Maklumat yang diterima
mengandungi banyak fakta untuk membantu menyelesaikan tugasan yang diberikan
oleh guru. Walau bagaimanapun murid harus mengetahui tatacara mengakses
maklumat agar mampu memanfaatkannya dalam proses pembelajaran.
• Mengenal pasti topik carian
Seperti yang dinyatakan,
terdapat terlalu banyak maklumat yang hendak dicari. Oleh itu murid harus
mengenal pasti dahulu topik yang hendak dicari dengan menaip kata kunci yang
menjurus kepada topik tersebut. Tindakan ini amat penting kerana tanpa ada
kata kunci kita akan ditenggelami dengan jutaan maklumat yang mungkin tidak
relevan dengan tujuan kita. Masa kita juga akan terbuang begitu sahaja
tanpa memperoleh apa-apa maklumat berfaedah.
• Menyimpan maklumat
Apabila maklumat
ditemui, ada beberapa cara untuk menyimpannya. Anda boleh menyimpannya dalam
fail yang disediakan tetapi jangan lupa mencatat alamat sumber maklumat
tersebut. Anda juga boleh menyalin dan menampal maklumat pada perisian
pemprosesan perkataan bukan bertujuan menyalin jawapan tetapi untuk mengumpul
bahan sebagai nota sebelum dianalisis.
• Analisis
Anda boleh menganalisis
nota yang disalin dan menggunakan fakta-fakta yang sesuai untuk digunakan dalam
tugasan berkaitan.
Anda juga mungkin ingin
memetik beberapa ayat atau kata-kata yang terdapat dalam laman tersebut.
Perkara itu boleh dilakukan
dengan syarat anda harus meletakkan nama dan sumber petikan tersebut tanpa
mengakui petikan tersebut adalah hasil daripada buah fikiran anda sendiri.
Walau bagaimanapun anda boleh memberi pandangan dan pendapat tentang
bahan yang anda peroleh itu.
• Video dan grafik
Anda juga boleh memuat
turun bahan klip video atau menyalin grafik untuk dijadikan rujukan jika
berkaitan. Anda harus berhati-hati dengan maklumat yang terdapat dalam klip
video kerana ada yang dihasilkan oleh murid dan maklumatnya salah. Oleh itu,
anda seharusnya memilih klip video yang dikeluarkan oleh badan penerbitan
profesional.
Dalam kita asyik mencari maklumat, perlu juga diingatkan agar mengelak daripada melakukan perbuatan plagiarisme. Perbuatan ini adalah salah malah boleh menyekat perkembangan minda kita. Oleh itu gunakan kemudahan mengakses maklumat secara bijak dan beretika.
Dalam kita asyik mencari maklumat, perlu juga diingatkan agar mengelak daripada melakukan perbuatan plagiarisme. Perbuatan ini adalah salah malah boleh menyekat perkembangan minda kita. Oleh itu gunakan kemudahan mengakses maklumat secara bijak dan beretika.
Wednesday, 22 May 2013
Jika sekiranya?, sejak dari?
Kata jika ( jikalau ), kalau, dan sejak
(semenjak) adalah daripada kelompok kata tugas bahasa Melayu.
Kata tugas ialah golongan perkataan selain kata nama, kata kerja
dan kata adjektif yang mendukung sesuatu tugas sintaksis tertentu dalam binaan
ayat, klausa dan frasa, sama ada sebagai penghubung, penerang, pembenar,
pemeri, atau tugas-tugas lain. Dengan berdasarkan tugas-tugas tersebut, maka
kata tugas dapat dijeniskan kepada kata hubung, kata perintah, kata bantu, kata
sendi nama, kata bilangan, dan lain-laian seumpamanya.
Kata jika (jikalau) merupakan
kata hubung pancangan keterangan. Dalam bahasa Melayu, terdapat tiga kata
hubung pancangan, iaitu kata hubung pancangan relatif (yang),
kata hubung pancangan komplemen (bahawa) dan kata hubung
pancangan keterangan (antara kata hubungnya kerana, sekiranya, hingga,
semoga, supaya,dan apabila). Kata hubung pancangan keterangan
diringkaskan namanya menjadi kata hubung keterangan sahaja.
Kata hubung keterangan berfungsi sebagai menghubungkan klausa
yang menjadi keterangan pada klausa utama. Misalnya:
1.
Kakak akan pergi / jika ibu
membenarkannya.
(klausa
utama)
(klausa keterangan)
1.
Jikalau tuan pergi, / saya pun ingin pergi.
(klausa keterangan)
(klausa utama)
Kata sejak dan semenjak juga
merupakan kelompok kata sendi nama daripada golongan kata tugas.
Perkataan-perkataan ini membawa konsep penanda waktu atau masa, dan digunakan
di hadapan kata nama atau frasa nama. Contoh penggunaannya dalam ayat:
1.
Dia tidak pernah datang-datang lagi semenjak hari
lamarannya ditolak.
4. Sejak bulan
lalu lagi, dia berkeadaan begitu.
Penggunaan kata hubung jika (jikalau) dan
kata sendi sejak (semenjak) dalam ayat 1 – 4 di atas,
merupakan bentuk-bentuk yang baku, yakni bentuk bahasa yang mematuhi peraturan
tatabahasa yang utuh.
Namun, sering kali kita temukan beberapa kelainan, baik dari
segi pengucapan mahupun dari segi penulisan keempat-empat ayat tersebut.
Kelainan yang dimaksudkan ialah kelaziman penokokan unsur dalam binaan ayat
sehingga menjadikan ayat yang terhasil itu tidak lagi baku. Sementelahan
pula, unsur yang ditambahkan dalam binaan ayat tersebut begitu samar
kesalahannya oleh tingginya kekerapan penggunaannya dalam berbahasa.
Kelainan binaan ayat-ayat 1 – 4 begitu kecil, dan kelihatan
tiada cacatnya jika tidak diteliti dan dihalusi. Perhatikan ayat terbitan
1a – 4a berikut ini:
1.(a) Kakak akan pergi jika sekiranya ibu
membenarkannya.
(ayat asal: Kakak
akan pergi jika ibu membenarkannya.)
2. (a) Jikalau sekiranya tuan
pergi, saya pun ingin pergi.
(ayat asal: Jikalau tuan pergi, saya pun ingin pergi.)
3. (a) Dia tidak pernah datang-datang lagi semenjak dari hari
lamarannya ditolak.
(ayat
asal: Dia tidak pernah datang-datang lagisemenjak hari
lamarannya ditolak.)
4. (a) Sejak dari bulan
lalu lagi, dia berkeadaan begitu.
(ayat asal: Sejak bulan
lalu lagi, dia berkeadaan begitu.)
Perkataan sekiranya bermaksud kalau,
kalau-kalau, seandainya; yakni bersinonim dengan maksud perkataan jika,
jikalau, dankalau. Penggunaan bentuk frasa jika
sekiranya, jikalau sekiranya,atau kalau
sekiranya dianggap lewah. Lewah bermaksud berlebih-lebihan
sehingga tertambah perkara, hal dan sebagainya yang tidak perlu. Kelewahan ini,
bukan sahaja membazirkan perkataan, malah menjadikan ayat-ayat yang terbentuk
tidak gramatis.
Demikian juga kelewahan pada frasa semenjak dari dan sejak
dari,dalam ayat 3 (a) dan ayat 4(a). Dalam kedua-dua ayat yang
berkenaan, kata sendi dari tidak perlu hadir di hadapan
kata sendisemenjak, dan sejak. Semua
perkataan tersebut itu mempunyai fungsi yang sama, iaitu sebagai penanda waktu
(masa). Kehadiran kata sendi dari dalam ayat-ayat
3(a) dan 4(a) menerbitkan ayat yang tidak baku dari aspek tatabahasa pegangan.
Oleh itu, memadailah perkataan jika (jikalau), kalau, dan sejak
(semenjak) tanpa diikuti oleh perkataan lain (yang sama maksud)
sesudahnya. Oleh yang demikian, perkataan sekiranya dan daritidak
perlu hadir sesudah perkataan jika (jikalau), kalau, dan sejak
(semenjak).
Demikian huraian tentang penggunaan ungkapan
yang lewah berhubung dengan perkataan jika (jikalau), kalau, dan sejak
(semenjak). Sebagai pengguna bahasa, kita seharusnya dapat mengenal
pasti bentuk-bentuk bahasa yang baku, dan bentuk-bentuk bahawa yang lewah
sifatnya supaya, apabila berbahasa kita dapat memilih bentuk yang baku dalam
wacana berbahasa rasmi.
Oleh kerana
PERKATAAN oleh ialah
kata sendi nama, yakni salah satu komponen kata tugas bahasa Melayu. Kata
sendi nama ialah bentuk morfem atau kata yang letaknya di hadapan kata nama
atau frasa nama. Oleh sebab kata sendi itu hadir di hadapan perkataan
yang diterangkannya (kata nama/frasa nama), maka istilah lain untuk kata sendi
ialah kata depan.
Antara kata sendi nama
yang sering digunakan dalam bahasa Melayu termasuklah di, ke,
dari, untuk, akan, bagi, hingga, oleh, tentang, sampai, dan
sebagainya. Dalam contoh berikut, perkataan yang condong ialah kata sendi
manakala perkataan yang tegak ialah perkataan yang diterangkan oleh kata sendi
tersebut, iaitu kata nama.
di perpustakaan tentang kemerdekaan hingga pagi
terhadap ibu bapa
untuk adik kami
deminegara
Seperti halnya dengan
kata-kata sendi yang lain, kata sendi namaoleh digunakan di
hadapan kata nama atau frasa nama. Kata sendi nama oleh yang
digunakan itu membawa dua maksud. Pertama, menunjukkan hubungan pembuat (dalam
ayat pasif) seperti dalam contoh berikut:
1. Baju kemeja itu
dijahit oleh isterinya.
2. Novel remaja baharu
ini terkarang oleh penulis muda itu.
3. Pencuri kena tangkap oleh polis
malam tadi.
Kedua, menunjukkan
sebab. Maksud ini terkandung dalam ayat berikut:
1. Ia berjaya oleh kerajinannya.
2. Dia gagal dalam
peperiksaan oleh kemalasannya.
Kedua-dua ayat 4 dan
5 boleh sahaja ditulis sepenuhnya dengan menggunakan frasa sendi nama oleh
sebab seperti ayat contoh 4.(a) dan 5.(a). Kata nama sebab dalam
frasa sendi nama oleh sebab secara pilihan, boleh
digugurkan.
4.(a) Ia berjaya oleh sebab kerajinannya.
5.(a) Dia gagal dalam peperiksaan oleh sebabkemalasannya.
Penggunaan kata sendi nama oleh untuk
maksud yang kedua lumrah digunakan dalam percakapan. Namun, begitu banyak
penggunaannya begitu pula kekerapan kesalahannya. Kesalahan yang jelas dikesan
apabila kata sendi nama oleh diikuti oleh
perkataan kerana lalu terbentuk frasa sendi nama oleh
sebab. Baik dalam ucapan, mahupun dalam penulisan dapat
kita temukan penggunaan frasa ini dalam ayat-ayat seperti yang berikut:
1. Oleh kerana hujan lebat pada
petang itu, kawasan rendah telah banjir.
2. Pengeluaran hasil
pertanian desa meningkat oleh keranapenggunaan kaedah
pertanian moden.
Frasa sendi nama oleh kerana terbentuk daripada kata
sendi nama oleh yang diikuti oleh perkataan kerana.
Perkataan keranabukan daripada golongan kata nama. Kerana ialah
kata hubung pancangan keterangan yang juga tergolong dalam kata tugas bahasa
Malayu (seperti juga dengan perkataan oleh).
Oleh sebab perkataan kerana bukan
daripada kata nama/frasa nama, maka binaan “kata sendi + kata/frasa nama’
tidak terbentuk. Yang terbit ialah ‘kata sendi + kata hubung’. Kedua-dua kata
sendi dan kata hubung daripada golongan kata tugas, maka binaan yang terhasil
itu merupakan binaan yang terdiri daripada unsur golongan kata yang sama, iaitu
‘kata tugas + kata tugas’. Daripada bentuk zahir ini, nyata binaan ini
tidak mematuhi rumus frasa sendi nama bahasa Melayu. Unsur kedua yang
harus mengikuti kata sendi olehmestilah daripada kata/frasa nama ( oleh +
KN).
Oleh itu, supaya frasa
sendi nama oleh kerana terbina daripada bentuk yang
betul, maka kata penerang kepada frasa ini (kerana) perlu
digantikan dengan kata nama. Perkataan yang sesuai untuknya ialah kata
nama sebab lalu terbentuklah ungkapan oleh
sebab (bukan oleh kerana). Bentuk oleh
sebab benar-benar mematuhi binaan kata sendi +
kata/frasa nama.
1. Solekan wajahnya tidak
kemas oleh sebab kekurangan alat solekan.
2. Oleh sebab
kegigihannya bekerja, Pak Sukun beroleh pendapatan yang berlebihan.
Kedua-dua ayat 8 dan 9
menjadi salah apabila kata nama sebabbertukar ganti dengan
perkataan kerana.
Benarkah perkataan
sebab daripada golongan kata nama bahasa Melayu? Bukankah perkataan sebab itu
bermaksud kerana? Dan, oleh sebab perkataan kerana ialah kata hubung, maka
banyak orang beranggapan frasa sendi nama oleh sebab sama
bentuknya dengan bentuk oleh kerana yang dianggap
salah.
Kita dapat memastikan
bahawa perkataan sebab daripada golongan kata nama dengan
membuat uji rumus. Setiap perkataan kata nama dapat ditandai oleh kata
bilangan dan kata penentu ‘itu’ atau ‘ini’. Kata bilangan termasuklah
penjodoh bilangan manakala kata penentu pula terdiri daripada kata nama.
Kita ambil perkataan rumah dan
kata terbitan pengalaman sebagai contoh. Mari kita
dahulukan kata bilangan sebelum perkataanrumah: sebuah rumah.
Kita letakkan kata penentu ini atau itusesudah perkataan rumah: rumah
ini atau rumah itu. Frasa sebuah rumah, rumah
ini dan rumah itu betul tatabahasanya kerana semua
frasa itu akur kepada struktur frasa nama + frasa nama, serta mempunyai maksud
yang dapat kita fahami tentang rumah yang diperkatakan.
Oleh itu, perkataan rumah ialah kata nama.
Kata terbitan pengalaman juga
dapat ditandai oleh kata bilangan dan kata penentu. Misalnya, satu
pengalaman dan pengalaman ini ataupengalaman itu.
Kesemua frasa yang terbentuk mengandungi makna. Oleh sebab perkataan pengalaman dapat
ditandai oleh kata bilangan dan kata penentu ini/itu, maka
perkataan pengalaman ialah kata nama.
Seperti halnya dengan
perkataan rumah dan pengalaman, perkataansebab juga
dapat ditandai oleh kata bilangan atau kata penentuini/itu. Perhatikan
ayat contoh berikut:
10. Saya
menyokong cadangannya kerana satu sebab.
(sebab didahului
kata bilangan)
11. “Sebab itu
nenek larang cucu bermain di busut itu,” kata nenek kepada cucunya.
(sebab diikuti
kata penentu)
Ada juga kita temukan
bentuk oleh itu. Betulkah bentuk oleh itu? Frasa
sendi nama oleh itu merupakan bentuk ringkas daripada
bentuk lengkap dan sempurna oleh sebab itu. Kata nama sebabyang
menjadi konstituen frasa sendi tersebut bersifat pilihan; ertinya perkataan sebab boleh
hadir atau boleh digugurkan tanpa menyalahi rumus. Frasa oleh itu masih
lagi terdiri daripada binaan kata sendi + kata nama kerana
perkataan itu ialah golongan kata nama juga, yakni kata ganti
nama tunjuk. Kita boleh menggunakan frasa oleh sebab itu atau oleh
itu, asalkan bukan *oleh kerana atau *oleh
kerana itu.
Demikian bicara
tentang frasa *oleh kerana. Sudah jelas kepada kita
bahawa bentuk *oleh kerana merupakan bentuk yang salah. Yang
betul ialah oleh sebab.
Tatabahasa - Video
Seronoknya belajar tatabahasa -Tahap 1
Seronoknya belajar tatabahasa -Tahap 2