Guru SKRP

Bergaya dan berjaya.

Cikgu Hasnul Hadi

Semiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan adab dan budi pekerti – Hukama

Cikgu M Hamzah

Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan. – Peribahasa Arab

Cikgu M Fairus

Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.

Cikgu Joe

Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia, iaitu kerja dan bukannya usia. – Richard Brinsley Sheridan

Sunday, 19 May 2013

Lagu kanak-kanak - video

Tanya Sama Pokok

Bapaku Pulang Dari Kota

Anak Rusa Nani

Chan Mali Chan

Selamat Pagi




Wednesday, 15 May 2013

14 muka baru dilantik menteri, timbalan


Kuala Lumpur: Lapan muka baru dan enam timbalan menteri dilantik menganggotai Jemaah Menteri Persekutuan yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, semalam.

Antaranya ialah bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh yang dilantik Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi II, dan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang dilantik Menteri Belia dan Sukan. 

Muka baru menteri 

Empat muka baru yang dilantik Menteri di Jabatan Perdana Menteri pula ialah bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim; Ahli Parlimen Batang Sadong, Nancy Shukri; Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Malayan Banking Bhd, Datuk Seri Abdul Wahid Omar dan Presiden Trasperancy International Malaysia, Datuk Paul Low Seng Kwan.

Dua muka baru dari Sabah ialah Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang dilantik sebagai Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Ahli Parlimen Ranau, Datuk Dr Ewon Ebin (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi).

Timbalan Menteri yang dinaikkan pangkat pula adalah bekas Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Tan Sri Joseph Kurup dan Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Joseph Entulu Belaun yang masing-masing dilantik Menteri di Jabatan Perdana Menteri. 

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Fadillah Yusof dan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Rohani Karim pula masing-masing dilantik jawatan Menteri Kerja Raya dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. 
Bekas Timbalan Menteri Luar, Datuk Richard Riot Jaem pula dilantik Menteri Sumber Manusia, manakala bekas Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar, Datuk Hasan Malek menjawat jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Sementara itu, seiring agenda transformasi nasional yang dirintis Najib, seramai 16 muka baru diberi tugas memikul tanggungjawab sebagai timbalan menteri di 16 kementerian.

Mereka yang diumumkan itu merangkumi kira-kira 61.5 peratus daripada 26 timbalan menteri yang dibariskan dalam Kabinet Perdana Menteri 2013-2018.


INFO MUKA BARU

Menteri
·         Datuk Seri Shahidan Kassim, Menteri di Jabatan Perdana Menteri
·         Nancy Shukri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri
·         Datuk Seri Abdul Wahid Omar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri
·         Datuk Paul Low Seng Kwan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri
·         Datuk Seri Idris Jusoh, Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi II
·         Datuk Abdul Rahman Dahlan, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
·         Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Menteri Belia dan Sukan
·         Datuk Dr Ewon Ebin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi


Naik pangkat
·         Tan sri Joseph Kurup, Menteri di Jabatan Perdana Menteri 
·         Datuk Joseph Entulu Belaun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri 
·         Datuk Fadillah Yusof, Menteri Kerja Raya
·         Datuk Richard Riot Jaem, Menteri Sumber Manusia
·         Datuk Rohani Abdul Karim, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
·         Datuk Hasan Malek, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan


Timbalan menteri

·         Datuk Seri Mahdzir Khalid, Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
·         Datuk Tajuddin Abdul Rahman, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
·         Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi 
·         Datuk Abd Aziz Kaprawi, Timbalan Menteri Pengangkutan 
·         Hamim Samuri, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri 
·         Datuk Halimah Mohd Sadique, Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan 
·         Datuk Ismail Abd Muttalib, Timbalan Menteri Sumber Manusia 
·         Datuk Jailani Johari, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia 
·         Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Timbalan Menteri Dalam Negeri 
·         Datuk Alexander Nanta Linggi, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah 
·         Datuk Azizah Mohd Dun, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat 
·         P Waytha Moorthy, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri 
·         Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan 
·         Datuk Dr J Loga Bala Mohan, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan

LAGU TEMA HARI GURU 2013: GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA


   Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara
   Dinyanyikan oleh Stacy Dan Hafiz
   Terbitan Bahagian Teknologi Pendidikan

   DEMI MENJAYAKAN
   MASA DEPAN MALAYSIA
   MENERUSI PENDIDIKAN
   BERKUALITI

   DI KOTA DI DESA
   ILMU DIKONGSI BERSAMA
   MEMBINA POTENSI INSAN
   YANG SEIMBANG

   CHORUS  1:
   AYUHLAH KITA SEMUA
   BERSAMA SATU SUARA
   MELONJAKKAN PENDIDIKAN BERTARAF DUNIA

   DEMI MEMBANGUNKAN
   INSAN KREATIF INOVATIF
   TRANSFORMASI PENDIDIKAN
   DIUTAMAKAN

   CHORUS 2:
   BANGUNLAH KITA SEMUA
   KEJAYAAN DI HADAPAN
   BERSATU HATI MENJUNJUNG
   HASRAT YANG UTAMA


   AYUHLAH KITA SEMUA
   BERSAMA PADU TENAGA
   MENJANAKAN KEILMUAN
   DEMI MASA DEPAN
   MALAYSIA

   CHORUS  1:
   AYUHLAH KITA SEMUA
   BERSAMA SATU SUARA
   MELONJAKKAN PENDIDIKAN BERTARAF DUNIA

   DEMI MEMBANGUNKAN
   INSAN KREATIF INOVATIF
   TRANSFORMASI PENDIDIKAN
   DIUTAMAKAN

   CHORUS 2:
   BANGUNLAH KITA SEMUA
   KEJAYAAN DI HADAPAN
   BERSATU HATI MENJUNJUNG
   HASRAT YANG UTAMA

   AYUHLAH KITA SEMUA
   BERSAMA PADU TENAGA
   MENJANAKAN KEILMUAN
   DEMI MASA DEPAN

   AYUHLAH KITA SEMUA
   BERSAMA PADU TENAGA
   MENJANAKAN KEILMUAN
   DEMI MASA DEPAN
   MALAYSIA
   MALAYSIA
   MALAYSIA
   Ciptaan : Rosman Adam

   Senarai Lagu Wajib Hari Guru

   Muat turun Negaraku (minus one)
   Muat turun Kami Guru Malaysia (vokal)
   Muat turun Kami Guru Malaysia (minus one)
   Muat turun Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara
   Guru Inovatif melonjakkan Transformasi pendidikan Negara Minus One- 1
   Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara Minus One 2

Monday, 13 May 2013

Pembentangan Tugasan Kajian Tindakan




Subjek : KPD3026 - Penilaian dan Pentaksiran 2
Pada : 12 Mei 2013 (Sabtu)
Kumpulan EL-B02


 

Sunday, 12 May 2013

LOKASI BARU PUSAT PROGRAM LUAR UPSI


Aras 3, Blok 9
Kampus Sultan Azlan Shah,
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjung Malim, Perak.

No.Telefon;
015-48117808 / 7801 (Pentadbiran)
015-48117800 / 7804 (Kewangan Pensyarah /Tutor)
05-4506932 / 6624 / 6512 (Hal-hal Akademik)
05-4506309 / 6909 (Kewangan Pelajar)
05-4506447 (MyGuru3)

1photo

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More