Guru SKRP

Bergaya dan berjaya.

Cikgu Hasnul Hadi

Semiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan adab dan budi pekerti – Hukama

Cikgu M Hamzah

Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan. – Peribahasa Arab

Cikgu M Fairus

Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.

Cikgu Joe

Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia, iaitu kerja dan bukannya usia. – Richard Brinsley Sheridan

Showing posts with label Ujian Pemahaman. Show all posts
Showing posts with label Ujian Pemahaman. Show all posts

Tuesday, 26 March 2013

Pengenalan Kertas Bahasa Malaysia Pemahaman UPSR

1. Format Bahasa Melayu – Pemahaman adalah seperti berikut:
Kod kertas               :       011.
Nama kertas            :       Bahasa Melayu Kertas 1.
Jumlah soalan         :       40 soalan.
Bentuk soalan         :       Objektif Aneka Pilihan.
Pilihan jawapan       :       Empat pilihan, iaitu A, B, C dan D.                                 
Masa menjawab      :      50 minit.


 FORMAT PENTAKSIRAN
PERKARA
KERTAS (011): PEMAHAMAN
Jenis Instrumen
Ujian Objektif
Jenis Soalan
Objektif
·         Aneka Pilihan
Bilangan Soalan
40 item
·         30 item aneka pilihan (Kemahiran Bahasa)
·         10 item aneka pilihan (Kemahiran Membaca dan Memahami)
Pemarkahan
40 markah
Tempoh Ujian
50 minit
Konstruk Yang Ditafsir
Pengetahuan Tatabahasa
·         Morfologi
·         Sintaksis
·         Sistem Ejaan
·         Kosa Kata
·         Peribahasa
·         KemahiranMembaca dan Memahami
·         Pemahaman (2 petikan)
Cakupan Konteks
Mencakup semua bidang pembelajaran dalam Sukatan Pelajaran Tahun 1 hingga Tahun 6



PEMBAHAGIAN SOALAN


Soalan 1 – 30: Kemahiran Berbahasa (Sistem Bahasa)

1. Soalan kemahiran bahasa menguji pengetahuan tatabahasa calon.

2. Soalan-soalan dalam bahagian ini dibahagi kepada dua bahagian utama, iaitu
·         Aspek Kata (morfologi)
·         Aspek Ayat (sintaksis)

3. Terdapat beberapa soalan yang disertakan dengan ilustrasi sebagai panduan calon untuk menjawab soalan yang diberikan.

4. Antara aspek kemahiran berbahasa yang ditanyakan dalam format terbaru ini ialah:
                  (a) Penggolongan Kata.
                  (b) Pembentukan Kata.        
                  (c) Penggandaan.
                  (d) Pemajmukan.
                  (e) Pembentukan Ayat.
                  (f) Kesalahan Umum Tatabahasa

5.  Lazimnya, terdapat sejumlah soalan yang popular dalam bahagian ini, iaitu:

Bahagian Morfologi (Kata)


(a) Mengisi tempat kosong dengan perkataan yang paling sesuai. Tempat kosong tersebut  perlu diisikan dengan kata nama, kata kerja, kata adjektif, kata ganti nama, kata hubung, penanda wacana, kata sendi nama, kata arah, peribahasa, penjodoh bilangan dan imbuhan.

(b) Menggantikan kata yang bergaris dengan kata seerti dan kata berlawan.

                       

     
Bahagian Sintaksis (Ayat)

(a) Memilih ayat tanya yang betul berdasarkan ayat penyata yang diberi.

(b) Memilih jawapan berdasarkan soalan (ayat soal) yang dikemukakan.

(c) Memilih ayat yang maksud dengan ayat yang  diberi.

(d) Memilih ayat yang menggunakan kata yang  digarisi dengan betul.

(e) Memilih ayat yang betul struktur dan  tatabahasanya.

(f) Memilih ayat yang menggunakan kata banyak  makna.





ASPEK-ASPEK YANG PERLU DIKUASAI DALAM KEMAHIRAN BERBAHASA


1. Penggolongan kata.

·         Kata nama.

·         Kata ganti nama.

·         Kata kerja.

·         Kata adjektif.

·         Kata hubung.

·         Kata sendi nama.

·         Kata keterangan.

·         Kata bilangan.

·         Penjodoh bilangan.

·         Kata seru.

·         Kata perintah.

·         Kata pemeri.

·         Kata penegas.

·         Kata nafi.

·         Penanda wacana.


2. Pembentukan kata.

·         Pengimbuhan (imbuhan).

·         Penggandaan (kata ganda).

·         Pemajmukan (kata majmuk).


3. Kosa kata.

·         Kata seerti (Sinonim).

·         Kata berlawan (Antonim).

·         Kata hampir sama makna (Polisim).

·         Kata banyak makna.


4. Peribahasa.

·         Simpulan bahasa.

·         Perumpamaan.

·         Pepatah.

·         Bidalan.


5. Pembinaan ayat.

·         Memilih jawapan bagi soalan yang diberikan.

·         Memilih soalan bagi jawapan yang diberikan.

·         Memilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.


6. Kesalahan umum Tatabahasa.

·         Memilih ayat yang betul penggunaan katanya.

·         Memilih ayat yang betul struktur dan tatabahasanya.

·         Memilih ayat yang betul menggunakan kata banyak makna.



SOALAN 31-40: Kemahiran Membaca dan Memahami.

     
1. Terdapat 2 petikan pemahaman yang pelbagai jenis dikemukakan.


2 . Setiap petikan akan diikuti dengan 5 soalan pelbagai aras. Dengan ini, terdapat 10 soalan dalam bahagian ini.

3. Soalan-soalan yang dikemukan biasanya meliputi perkara-perkara berikut:


3.1 Pemahaman tentang fakta, isi-isi penting, urutan peristiwa dan merumus tajuk.

3.2 Pengetahuan tentang maksud perkataan atau rangkai kata.

3.3 Pengetahuan tentang maksud peribahasa atau simpulan bahasa.

3.4 Penggunaan olahan matematik dan soalan-soalan berkaitan sains.

3.5 Pemahaman tentang aspek nilai murni atau pengajaran yang terdapat dalam 
      petikan.


PANDUAN MENJAWAB SOALAN PEMAHAMAN

1. Membaca arahan dengan teliti dan difahami arahan tersebut.


2. Baca petikan sekali untuk mendapatkan idea kesuluruhan petikan yang diberi 

    dan gariskan maklumat-maklumat penting yang terdapat dalam petikan, misalnya      
    nama orang, nama tempat, tarikh, peristiwa penting dan maklumat utama yang 

    ada kaitan dengan petikan.


3. Baca semula petikan untuk lebih memahami petikan yang diberi.


4. Kemudian, baca soalan dengan teliti dan fahami soalan itu.


5. Pilih jawapan untuk soalan yang diberi berdasarkan petikan. Gunakan  pemahaman  
    dan ingatan terlebih dahulu.


6. Jika gagal untuk menentukan jawapan, barulah baca semula petikan untuk

    memastikannya.


7. Anda disarankan agar menjawab soalan-soalan yang dikemukakan berdasarkan

    petikan bukan berdasarkan pengetahuan sedia ada.


8. Semak semula jawapan yang telah anda pilih dengan merujuki petikan yang
    diberikan.







Friday, 22 March 2013

UJIAN PEMAHAMAN TAHUN 4 SET 1


Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Soalan 1 hingga Soalan 5

Gopal : Eh, awak ingat lagi tak tentang berita manusia ditelan ular sawa tempoh hari!

Samat : Mestilah Sampai sekarang saya masih terbayang-bayang gambar yang tersiar dalam akhbar tu. Eee............ngerinya! Chan : Tapi yang peliknya, lepas kejadian tu tak putus-putus keluar cerita tentang ular sawa dalam akhbar. Ular sawa telan ayamlah, telan kambinglah, dan macam-macam lagi .

Samat : Apa yang peliknya, Chan Memanglah berita sensasi macam tu disukai oleh orang ramai Jadi wartawan pun jalankanlah tugas mereka untuk mencari cerita-cerita sedemikian!

Gopal : Agaknya tak lama lagi ada pula berita tentang ular sawa telan gajah. Haa. masa tu barulah heboh satu dunia! Adakah awak tahu ular sawa merupakan sejenis haiwan yang dilindungi?

Samat : Tahu. baru semalam Cikgu Lina beritahu Gopal : Yalah, selama ni saya tak tahu pun yang kita boleh didakwa jika mencedera atau membunuh ular. Chan : Hukumannya berat juga Kita boleh kena denda hingga RM3 000 atau penjara!

Samat : Dan boleh juga dikenakan kedua-duanya sekali! Gopal : Kalau macam tu, bila jumpa ular sawa cepat-cepatlah lari Jangan cuba-cuba nak pukul atau bunuh! Chan : Kenapa? Kamu takut ke?

Samat : Awak ni tak faham ke, Chan? Nanti terlepas masuk mulut ular sawa, awak kena masuk penjara pula!


1. Apakah maksud kata-kata Samat, 'Eee....ngerinya' dalam petikan di atas?
    A. Bayang-bayang ular sawa menelan manusia
    B. Dia terbayang kenangan ular sawa menelan manusia
    C. Gambar ular sawa menelan manusia yang tersiar dalam akhbar
    D. Kejadian ular sawa menelan manusia yang dilihat oleh Gopal.

2. Perkataan 'sensasi' dalam petikan di atas sesuai digantikan dengan perkataan
    A. menakutkan
    B. menggemparkan
    C. menghairankan
    D. menyeronokkan

3. Semua berita berikut telah tersiar dalam akhbar kecuali
    A. ular sawa menelan gajah
    B. ular sawa menelan kambing
    C. ular sawa menelan ayam
    D. ular sawa menelan manusia

4 Apakah hukuman yang paling berat boleh dikenakan terhadap orang yang bersalah kerana mencedera atau membunuh ular sawa?
   A. denda sehingga RM3 000
   B. dikenakan hukuman penjara.
   C. dihukum penjara dan denda RM3 000
   D. denda RM3 000 atau dihukum penjara

5 Ular sawa tidak boleh dipukul atau dibunuh kerana
   A. hukumannya sangat berat.
   B. ia merupakan sejenis binatang yang dilindungi.
   C. kita hanya boleh lari apabila terjumpa ular sawa.
   D. kita boleh dihukum penjara.






Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More